Wednesday, March 17, 2010

Cara-cara Memakai Tudung Dubai 2 Lapis

Dalam kehangatan kita memakai tudung segera .. apa kata kita beralih citarasa dan gaya untuk berdubai ...
Post kali ini saya akan tunjukkan cara-cara memakai Tudung Dubai 2 Lapis...sesuai utk mereka yang inginkan kelainan gaya tapi menutup di bahagian depan dada ..

Mencipta kelainan dari satu gaya Tudung Dubai ...


Step 1
Sarungkan bahagian anak tudung dan betulkan kedudukan 'awning' sesuai dgn raut muka. Jika anak tudung besar, boleh pinkan di bahagian dagu. Gambar menunjukkan bentuk bahagian depan dan belakang tudung.

Step 2, 3, 4, & 5
Lilitkan selendang melepasi kepala. Selendang boleh dipinkan dengan keronsang di bahu atau dipinkan di belakang kepala mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.

Step 6
Bahagian anak tudung yg labuh didepan diselempangkan dan dipinkan ke bahu untuk menutup bahagian depan / dada. Gambar menunjukkan contoh-contoh pandangan depan dan belakang. Tudung Dubai Dua Lapis ini boleh digayakan dengan pelbagai cara pemakaian bergantung pada kreativiti masing-masing.


Mudah dan ringkas kann ... jom pilih tudung dubai .. di www.sericahaya.com

No comments:

Post a Comment